Pengundi muda dijangka memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Key takeaways
Ketua Penerangan PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan pengundi muda dijangka memainkan peranan penting dalam PRN Sarawak ke-13 kerana jumlah pengundi baharu dianggarkan mencapai kira-kira 40 peratus.
- Jumlah pengundi baharu pada pilihan raya ini dianggarkan merangkumi kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan.
- Abdul Karim menekankan kepentingan mendidik golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengundi.
- Beliau menasihatkan pengundi muda agar tidak dipengaruhi sentimen ekstrem berkaitan perbezaan bangsa dan agama dalam membuat pilihan politik.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUCHING – Pengundi muda dijangka memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata jumlah pengundi baharu pada pilihan raya kali ini dianggarkan merangkumi kira-kira 40 peratus.
Abdul Karim berkata, perkembangan itu menjadikan usaha mendidik golongan muda, khususnya mereka yang berusia antara 18 hingga 25 tahun tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengundi, semakin penting.
“Golongan muda perlu diberi pendedahan dan ruang untuk membentuk pemikiran terbuka serta membuat penilaian sendiri dalam menentukan calon yang layak mewakili mereka.