PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan hari ini terus menjadi tumpuan kumpulan pengamal media bagi mendapatkan reaksi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berjaya melunaskan denda sebanyak RM50 juta.
Anthony Loke menjadi tumpuan media berikutan pendirian Setiausaha Agung DAP itu yang sebelum ini mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebaik sahaja Najib dibebaskan dari penjara bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.
Difahamkan, Anthony akan mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di kementerian itu pada pukul 3 petang ini.
Terdahulu, Najib disahkan selesai menjelaskan denda berkenaan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, selepas pegawai khasnya, Ahmad Lutfi Azhar hadir pada pukul 11.30 pagi bagi menguruskan pem








