PETALING JAYA – TF Value-Mart memperuntukkan pelaburan lebih RM20 juta bagi memperluas perniagaan borong dan perkhidmatan makanan menerusi TF Borong dengan sasaran 20 cawangan menjelang akhir 2027.

Dua cawangan pertama TF Borong mula beroperasi di Batu Caves dan Taman Connaught, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan fasa pertama peluasan perniagaan berkenaan.

TF Borong menawarkan lebih 2,000 produk baharu khusus untuk sektor perkhidmatan makanan termasuk bahan keperluan harian, bekalan segar, barangan operasi.

Turut ditawarkan, bahan premium seperti udang kara import, ketam salji dan daging lembu berkualiti tinggi jenis angus serta wagyu, tertakluk kepada bekalan.