TAWAU: Isu kesihatan mental antara perkara utama dipersoalkan dalam pemeriksaan balas seorang bekas anggota ESSCOM yang menuntut ganti rugi RM20 juta daripada kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkaitan berhubung penangkapan, penahanan serta pendakwaannya dalam kes pembunuhan seorang pemandu e-hailing, tiga tahun lalu.

Koperal Mohd Azlan Sakaran, 43, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, adalah saksi ke-10 pihak plaintif dalam perbicaraan tuntutan RM190 juta membabitkan tujuh bekas pegawai dan anggota ESSCOM di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos.

Dalam pernyataan saksinya, Mohd Azlan berkata tindakan penahanan, siasatan dan pendakwaan terhadapnya menyebabkannya mengalami kemurungan, kesengsaraan mental, trauma, kebimbangan dan tekanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan kaunseling.