PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita mengheret seekor biawak yang memasuki sebuah restoran makanan di Bachok, Kelantan mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di TikTok, wanita berkenaan dilihat berlari sambil mengheret haiwan reptilia itu keluar dari restoran berkenaan.

Keberanian wanita tersebut mengendalikan biawak berkenaan mencuri perhatian pengguna media sosial kerana haiwan itu bukanlah sesuatu yang mudah didekati oleh kebanyakan orang.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat tindakan wanita itu, malah ada yang berseloroh mengenai keberaniannya berhadapan dengan haiwan berkenaan.