KUALA LUMPUR : Pihak keluarga wanita yang tular menarik tengkuk dan mengucup pipi penyanyi dan pelakon, Bella Astillah pada majlis resepsi perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar, Johor, Ahad lalu, tampil memohon maaf secara terbuka atas tindakan berkenaan.

Menantu kepada wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf menerusi panggilan telefon di stesen radio segmen 3 Pagi ERA selepas usaha menghubungi Bella menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram tidak mendapat maklum balas.

"Kami satu keluarga ingin memohon maaf di atas keterujaan mak saya itu. Saya betul-betul minta maaf. Sebab itu di luar jangkaan kami. Kami pun tak 'expect' benda ini berlaku.

"Kami satu keluarga dah cuba DM di Instagram, tak ada respon. Jadi kebetulan saya nampak Bella saya terus 'call'," katanya menerusi hantaran video di Instagram.