Kuala Lumpur-Filem seram psikologi Indonesia, Juminten Edan, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober ini dengan mengetengahkan konflik kekeluargaan dan trauma seorang wanita sebagai teras penceritaan.
Pengarahnya, Jonathan Ozoh yang bergandingan dengan Dedy Mercy, berkata filem berkenaa bukan sekadar menampilkan elemen seram, sebaliknya memberi tumpuan kepada tekanan emosi dan kekuatan watak utama dalam menghadapi konflik yang berpunca daripada keluarganya sendiri.
Filem terbitan Mercusuar Film Indonesia itu mengisahkan Juminten, seorang wanita bisu dan pekak yang berusaha mempertahankan rumah tangganya bersama suaminya, Manto. Kehidupan mereka mula bergolak apabila ibu mentua Juminten, Salma, didakw mahu menghancurkan rumah tangga pasangan itu menerusi ilmu hitam.








