Pelakon Datuk Mustapha Kamal tidak menyangka watak ‘Papa Megah Holdings’ meninggalkan impak besar terhadap penonton drama tempatan sehingga menjadi bualan ramai dalam media sosial khususnya Threads.
Key takeaways
Pelakon Datuk Mustapha Kamal terkejut dengan impak watak ‘Papa Megah Holdings’ yang menjadi perbincangan di media sosial, terutamanya Threads, di mana penonton menganggapnya sebagai bagian kehidupan harian dan meminta nasihat perniagaan.
- Mustapha, 64, mendapat gelaran ‘papa’ dan banyak penggemar yang meminta nasihat perniagaan.
- Watak ini menjadi fenomena di Threads, memaksa Mustapha merujuk Google untuk menjawab pertanyaan perniagaan.
- Dia mengakui tidak berniat mencetuskan fenomena, namun turut serta membalas komen penggemar.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Mustapha Kamal tidak menyangka watak ‘Papa Megah Holdings’ meninggalkan impak besar terhadap penonton drama tempatan sehingga menjadi bualan ramai dalam media sosial khususnya Threads.
Menurut Mustapha, 64, dia kini ramai yang memanggilnya dengan gelaran ‘papa’ selain ada juga berhasrat mahu menjadi anak kepada watak usahawan berjaya itu.
“Saya sendiri terkejut dengan penerimaan netizen. Bukan sahaja golongan muda, malah mereka yang dewasa juga beri reaksi sama.
“Mereka menganggap situasi ‘Megah Holdings’ sebahagian daripada kehidupan harian sehingga terbawa-bawa dalam dunia realiti.