Shah Alam: Semua masjid dan surau dengan kebenaran menunaikan solat Jumaat di Selangor boleh melaksanakan ibadah itu seperti biasa pada hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata ia termasuk masjid yang terjejas akibat banjir selepas kerja pembersihan dilakukan sejak semalam.

"Setakat ini, semua (masjid dan surau dengan kebenaran solat Jumaat) boleh melaksanakan solat Jumaat hari ini.

"Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields juga boleh selepas gotong-royong kerja pembersihan yang dibuat sejak semalam dan pagi tadi.