Kuala Lumpur: Selepas mengharungi jadual padat dengan 16 perlawanan dalam tempoh 25 hari, beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing akhirnya terpaksa menerima hakikat rentak cemerlang mereka terhenti di suku akhir Terbuka Korea, hari ini.
Pasangan nombor 15 dunia itu gagal menyaingi kehebatan pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin apabila tewas 14-21, 18-21 dalam tempoh 32 minit di Stadium Jinnam, Yeosu.
Kekalahan itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing sekali lagi gagal mengatasi pasangan nombor dua dunia berkenaan selepas turut tewas 11-21, 22-24 pada separuh akhir Terbuka Macau, Jun lalu.
Bagaimanapun, keputusan di Korea Selatan tidak harus menutup pencapaian membanggakan pasangan bebas itu yang mempamerkan prestasi konsisten sepanjang hampir sebulan beraksi tanpa henti.









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F5c889b8396aaa1ddf3256d2b92bb7600_261936.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)