Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob di program walkabout ketika berkempen PRN Melaka di Durian Tunggal.HANG TUAH JAYA: Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) bukan perkara baharu dan pentadbiran beliau sendiri memulakannya ketika menerajui kerajaan dari Ogos 2021 hingga Oktober 2022.
Katanya, tiada sebab untuk parti politik terus bermusuhan selepas pilihan raya dan perkara berkenaan menjadi asas kepada CSA.
“Kalau waktu pilihan raya bolehlah kita bertentangan, tetapi luar daripada pilihan raya ini tak ada sebab kita nak teruskan permusuhan itu.
“Kalau boleh semua kena kerjasama sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas program walkabout bersama calon BN Durian Tunggal, Mustafa Musa.









