Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penyata akaun yang dijana komputer boleh diterima sebagai keterangan sekiranya pegawai bank memberi keterangan bahawa rekod itu dihasilkan oleh komputer yang digunakan dalam urusan perniagaan biasa.PUTRAJAYA: Bank boleh menggunakan penyata akaun yang dijana komputer sebagai bukti pinjaman tertunggak di mahkamah, dengan syarat pegawai bank memberikan keterangan mengesahkan rekod berkenaan dihasilkan oleh komputer yang digunakan dalam urusan perniagaan biasa.

Mahkamah Rayuan menjelaskan perkara itu hari ini ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan sebuah bank untuk mendapatkan semula RM689,207 daripada seorang peminjam dan dua penjamin peribadi.