Kuala Lumpur: Pemilihan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue perlawanan akhir Piala FA disifatkan sebagai keputusan tepat memandangkan stadium berkenaan memiliki kemudahan serta kualiti yang mampu menjamin kelancaran aksi kemuncak itu.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, pemilihan gelanggang milik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak seharusnya menimbulkan sebarang isu atau persepsi berat sebelah kerana keutamaan adalah memastikan perlawanan akhir berlangsung dalam suasana terbaik.

Menurutnya, setiap pemain pastinya teruja untuk beraksi di stadium berkualiti seperti SSI, malah suasana dan kemeriahan perlawanan akhir sepatutnya menjadi motivasi tambahan buat mereka untuk memberikan persembahan terbaik.