TAPAH – Program Jom Semarak Subuh Seperti Solat Jumaat hari ini yang melibatkan 14 buah masjid di daerah ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 200 orang tanpa mengira peringkat umur termasuk kanak-kanak di tempat masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru (M) Ayer Kuning, Zamzuree Mohd. Isa berkata, lebih 200 kariah di Masjid Jamek Ayer Kuning telah datang ke masjid itu seawal pukul 5.30 pagi.
“Malah ada kanak-kanak seawal umur enam tahun telah hadir awal bersama ibu bapa. Ini merupakan satu perkembangan yang baik memberi pendeda









