SHAH ALAM – “Saya cucuk dengan penuh kasih sayang, tetapi tetap salah.”

Itu luahan seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas tindakannya mengambil darah seorang kanak-kanak dikecam seorang wanita menerusi media sosial.

Kontroversi tercetus selepas pengguna Threads @wfy_020 memuat naik gambar MA terbabit sedang melakukan prosedur pengambilan darah terhadap seorang kanak-kanak sebelum mempersoalkan kelayakan petugas terbabit.

“Ni ke? Hospital besar macam HTAR ambil budak tak habis belajar lagi untuk cucuk ambil darah,” tulisnya.