KUALA LUMPUR – UMNO hari ini mengumumkan bahawa jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak telah berjaya mencapai sasaran dan mencukupi bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, susulan kejayaan itu, UMNO juga telah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

“UMNO dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan sebelum ini untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai.

“Oleh itu, tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.