PETALING JAYA – “Kau orang..jangan ejek kami di Selangor ni apabila ditimpa musibah banjir.”

Itu luahan seorang penduduk Selangor menerusi satu hantaran di media sosial yang meminta segelintir pihak supaya tidak memperlekehkan nasib penduduk di negeri itu ketika berdepan bencana banjir.

Menurutnya, kumpulan pacuan empat roda (4×4) dari Selangor sebelum ini pernah turun membantu mangsa banjir di negeri-negeri lain yang turut dilanda bencana sama.

“Suatu ketika dahulu kami geng 4×4 pernah hadir ke negeri-negeri ditimpa musibah banjir untuk memberikan bantuan dan pertolongan.