SEREMBAN – Cadangan kerajaan Negeri Sembilan mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 November ini disifatkan tidak munasabah apabila semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) masih belum menerima sebarang notis atau makluman rasmi mengenainya.

Ketua Pembangkang, J Arul Kumar berkata, notis persidangan sepatutnya disampaikan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh persidangan berlangsung.

Menurutnya, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang notis dan sekiranya ia dihantar dalam tempoh sehari dua ini, tarikh 26 November yang dirancang kerajaan negeri tidak lag