SEREMBAN: Tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kes kematian lelaki warga emas yang dikatakan didera di rumah dekat Rasah Jaya, di sini, direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman, berkata tiga suspek iaitu seorang lelaki dan dua wanita berusia 28 sehingga 34 tahun itu ditahan semalam, bagi membantu siasatan.
"Pihak polis memohon perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini dan dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 November depan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Yatim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fmelako2_170801.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)