BATU GAJAH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan memberikan pembebasan awal kepada 58 banduan sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-70.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Rosoman Abu Bakar @ Che Din berkata, daripada jumlah itu, tiga merupakan banduan wanita manakala selebihnya lelaki berusia 28 hingga 64 tahun.

Katanya, kesemua banduan berkenaan menjalani hukuman di enam institusi penjara iaitu Penjara Tapah, Pusat Koreksional Kamunting, Pusat Koreksional Batu Gajah, Penjara Taiping, Penjara Seberang Perai dan sebuah penjara di Negeri Sembilan.