BEIRUT – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan mula berundur dari negara itu selepas mandatnya tamat pada 31 Disember ini, selaras dengan Resolusi 2790 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demikian menurut UNIFIL seperti laporan agensi berita rasmi Xinhua.

UNIFIL dalam satu hantaran di platform X menyatakan, pihaknya akan meneruskan operasi harian di seluruh selatan Lubnan termasuk memantau dan melaporkan perkembangan semasa, menyokong Angkatan Tentera Lubnan serta memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan sehingga mandatnya berakhir.

Menurut UNIFIL, Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan pengaturan bagi tempoh selepas pengunduran pasukan itu.