Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan 2,373 pelbagai kesalahan dari awal tahun hingga semalam, melibatkan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM11.6 juta.
Key takeaways
KPDN Johor merekodkan 2,373 kesalahan komersial dengan nilai sitaan melebihi RM11.6 juta dari awal tahun hingga semalam. Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo, menyatakan bahawa kebanyakan kes melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
- Sebanyak 1,774 kes kesalahan direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
- Nilai keseluruhan sitaan hasil kesalahan komersial di Johor melebihi RM11.6 juta.
- Pernyataan ini dibuat semasa Program Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan 2,373 pelbagai kesalahan dari awal tahun hingga semalam, melibatkan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM11.6 juta.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, daripada jumlah itu, 1,774 kes merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Katanya, antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga yang jelas pada barangan atau perkhidmatan, menjual barangan kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan menaikkan harga atau mengambil untung secara tidak munasabah.
“Dalam tempoh sama, KPDN Johor turut merekodkan 360 kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, 119 kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan 66 kesalahan di bawah Akta Perlindungan