Kuala Selangor: Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, di sini, yang mendapat jolokan 'masjid banjir' tetap akan mengadakan solat Jumaat hari ini biarpun ditimpa musibah banjir lumpur Rabu lalu.

Pengerusi masjid, Dr. Masrom Mohd Khair berkata, masjid berkenaan yang sudah tujuh kali ditenggelami banjir lumpur sedang giat menjalani proses pembersihan.

Menurutnya, pihak pengurusan Lebuhraya LATAR menghantar beberapa pekerja dan peralatan 'water jet' untuk membersihkan lumpur yang menenggelamkan ruang dalam masjid.

"Hari ini, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut turun padang bagi membantu membersihkan masjid ini terutama di bahagian perkarangan masjid.