SEREMBAN: Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) akan mendapatkan maklumat berkaitan kronologi kejadian kira-kira 250 jemaah di Masjid Jamek Kuala Klawang, di Jelebu, dekat sini, yang terpaksa menunaikan solat Zuhur, Jumaat lalu.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Dr Fauzdinaim Badarudin berkata setakat ini pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berkaitan insiden berkenaan dan akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

"Jabatan Mufti belum mendapat makluman rasmi kronologi isu yang berlaku di Jelebu.

"Oleh itu, jabatan ini tidak dapat berikan apa-apa ulasan setakat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.