Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) akan mendapatkan kronologi insiden membabitkan kira-kira 250 jemaah di Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, dekat sini, yang terpaksa menunaikan solat Zuhur, Jumaat lalu.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Dr Fauzdinaim Badarudin berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berkaitan insiden berkenaan.

Katanya, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

"Jabatan Mufti belum mendapat makluman rasmi kronologi isu yang berlaku di Jelebu.