KOTA BHARU: Kadar air tidak berhasil (NRW) di Kelantan masih tinggi, iaitu 53 peratus meskipun kuantiti pengeluaran air terawat meningkat dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin, berkata kebocoran paip menjadi antara penyumbang utama selain meter tersumbat dan kecurian air.
"Paip bawah tanah dan kalau tekanan air rendah menjadikannya bocor, tak boleh kesan manakala jika tekanan air tinggi, menyebabkan paip pecah.
"Paip simen asbestos sudah berusia lebih 40 tahun dan perlu ditukar sepanjang 4,000 kilometer (km) namun dalam migrasi air, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) meluluskan 150km setahun, lambat.










