KUALA LUMPUR: Polis dilihat memperketatkan laluan masuk ke kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pagi ini, dipercayai persediaan menyambut bekas Perdana Menteri itu bagi menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Najib mungkin dibenarkan pulang selepas dilaporkan sudah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.
Sejak jam 10.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dilihat tiba di kawasan kediaman Najib.
Pada 10.45 pagi, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama timbalannya dilihat tiba di lokasi sama.







