WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mendakwa perjanjian damai antara Russia dengan Ukraine semakin hampir dicapai dan mungkin membabitkan seluruh Eropah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kenyataan Trump itu menyusul selepas utusan Presiden Russia, Vladimir Putin, iaitu Kirill Dmitriev, menyertai Wanita Pertama AS, Melania Trump, dan pegawai Ukraine di Rumah Putih untuk memperingati pelaksanaan gencatan senjata setempat yang diusahakan Melania di bandar Oleshky, Ukraine.

Ketika ditanya sama ada beliau telah berjumpa Dmitriev, Trump mengesahkan pertemuan itu.

"Saya tidak boleh memberitahu anda apa yang kami bincangkan, namun apa yang boleh saya katakan ialah ia akan menjadi satu perjanjian besar dan membabitkan lebih daripada sekadar Ukraine... malah, saya boleh katakan ia mungkin membabitkan seluruh Eropah.