KUALA LUMPUR - Warisan bukan sekadar peninggalan sejarah, sebaliknya menjadi cerminan identiti, jati diri dan ketamadunan bangsa yang membentuk masyarakat serta perlu dipelihara demi kelestarian masa hadapan.Mengangkat tema Warisan Kita: Akar Identiti, Kelestarian Masa Hadapan, Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 menjadi wadah penting untuk memperkukuh kefahaman, memperluas perkongsian ilmu serta meningkatkan kerjasama pelbagai pihak dalam memelihara dan melestarikan khazanah warisan negara.Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin berkata, konvensyen itu menghimpunkan pakar dan pengamal warisan bagi membincangkan pelbagai aspek pemeliharaan khazanah negara, termasuk perundangan, arkeologi, konservasi dan seni bina.Menurutnya, pembentangan yang mengetengahkan perspektif kebangsaan dan antarabangsa memberi peluang kepada peserta mendalami pendekatan, cabaran serta amalan terbaik bagi memastikan warisan negara terus terpelihara."Perkongsian ilmu itu turut diteruskan pada hari berikutnya menerusi beberapa sesi pembentangan berkaitan pelbagai topik warisan bagi memperkayakan pengetahuan dan pengalaman peserta," katanya.Mengulas fokus utama konvensyen, Mohamad Muda berkata, penekanan diberikan kepada aspek perundangan, khususnya Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), termasuk peranan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan warisan negara terus dipelihara.Katanya, warisan merupakan perkara di bawah Senarai Bersama Persekutuan dan Negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menuntut kerjasama erat semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan warisan."Dalam melaksanakan usaha pemuliharaan warisan, kita perlu melibatkan pihak berkepentingan bagi memastikan kelestarian warisan negara, sama ada di peringkat Persekutuan, Wilayah Persekutuan mahupun negeri-negeri," katanya.Menurut beliau, penganjuran konvensyen itu turut memberi peluang kepada masyarakat memahami pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005, termasuk peruntukan undang-undang serta enakmen berkaitan yang berkuat kuasa di peringkat negeri.Pendedahan itu penting bagi meningkatkan kesedaran mengenai skop akta berkenaan, termasuk aspek perlindungan warisan, tanggungjawab pihak berkaitan, fungsi institusi serta peranan Majlis Warisan Kebangsaan.Mohamad Muda turut menegaskan bahawa tanggungjawab memelihara dan melestarikan warisan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu Jabatan Warisan Negara, sebaliknya memerlukan komitmen kerajaan negeri, pemilik warisan dan masyarakat secara keseluruhan.Ini kerana warisan yang merangkumi tapak bersejarah, bangunan lama, tinggalan arkeologi, seni bina, adat resam serta pelbagai khazanah budaya merupakan sebahagian daripada identiti dan jati diri bangsa yang perlu dipertahankan agar tidak hilang ditelan zaman.Konvensyen itu turut menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengamal waris
Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 angkat warisan sebagai akar identiti bangsa

Key takeaways
Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 menekankan warisan sebagai akar identiti dan kelestarian masa depan negara.
- Konvensyen membincangkan pelbagai aspek pemeliharaan warisan termasuk perundangan dan konservasi.
- Fokus utama ialah peranan kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memelihara warisan negara.
- Pembentangan perspektif kebangsaan dan antarabangsa diberi ruang untuk memperkayakan pengetahuan peserta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Mahkamah isytihar anak angkat lahir di Malaysia sebagai warganegara
- Sinar Harian Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 angkat warisan sebagai akar identiti bangsa (this story)






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F02%2F7657f4ff724161d2da1447e2a7fd4381.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


