SHAH ALAM – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu diberikan peranan lebih besar dalam meneliti urusan peruntukan tambahan dan perbelanjaan lebihan kementerian bagi memastikan setiap penggunaan wang awam dilaksanakan secara telus serta berakauntabiliti.Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berkata, penglibatan PAC penting bagi memperkukuh mekanisme semak dan imbang Parlimen.Jelas Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Dewan Rakyat itu, perkara ini khususnya apabila kementerian memerlukan peruntukan tambahan atau berdepan perbelanjaan melebihi jumlah yang diluluskan."Perkara itu mempunyai asas dalam Peraturan Mesyuarat 77(1) Dewan Rakyat yang memperuntukkan bidang kuasa PAC untuk memeriksa akaun Persekutuan serta penggunaan wang yang diluluskan Parlimen bagi membiayai perbelanjaan awam."Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) turut memberikan ruang kepada PAC untuk meneliti perkara lain yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa itu atau dirujuk kepadanya oleh Dewan Rakyat."Malah, Peraturan Mesyuarat 77(5) memberikan kuasa kepada PAC untuk memanggil individu, mendapatkan dokumen dan rekod berkaitan serta mengemukakan laporan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam konteks pengurusan perbelanjaan kerajaan, Adnan turut menegaskan Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan menetapkan keperluan membentangkan anggaran tambahan di hadapan Dewan Rakyat sekiranya peruntukan sedia ada tidak mencukupi atau berlaku perbelanjaan melebihi jumlah yang diluluskan.Sehubungan itu, beliau melihat penglibatan PAC dalam penelitian berkenaan mampu memperluas pengawasan Parlimen terhadap pengurusan kewangan kementerian, selain memastikan setiap perbelanjaan tambahan mempunyai justifikasi yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan."Langkah berkenaan juga penting bagi memastikan pengurusan kewangan negara sentiasa berpandukan prinsip ketelusan, integriti dan tatakelola yang baik demi melindungi kepentingan rakyat," katanya lagi.
PAC perlu dilibatkan teliti peruntukan lebihan kementerian - MP Kuala Pilah

Key takeaways
Ahli Parlimen Kuala Pilah menyarankan PAC diberikan peranan lebih besar dalam meneliti peruntukan tambahan kementerian untuk memastikan penggunaan wang awam telus dan berakauntabiliti.
- PAC perlu dilibatkan dalam meneliti perbelanjaan tambahan kementerian.
- Peraturan Mesyuarat 77(1) memberikan kuasa kepada PAC untuk memeriksa akaun Persekutuan.
- Penglibatan PAC membantu memperkukuh pengawasan Parlimen terhadap kewangan kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anwar akui pelaburan Battersea rugi, perlu lebih teliti
- Sinar Harian PAC perlu dilibatkan teliti peruntukan lebihan kementerian - MP Kuala Pilah (this story)









