KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai melunaskan denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.Bayaran itu diselesaikan di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, Jumaat.Peguam Najib, Farhan Muhammad Shafee, mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas proses pembayaran selesai.Proses pembayaran bermula dengan seorang pemimpin UMNO membawa beg hitam berkunci di kaunter bayaran hasil sebelum resit bayaran untuk perintah pelepasannya dikeluarkan.Resit berkenaan dipercayai akan diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia sebelum proses pelaksanaan perintah tahanan rumah dapat dilakukan.Sejak Selasa lalu, timbul spekulasi Najib akan menjelaskan denda berkenaan bagi membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Bagaimanapun, peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang arahan daripada Najib berhubung perkara itu.Menurutnya, barisan peguam juga tidak dapat menjangkakan sama ada pembayaran berkenaan akan dibuat dalam minggu ini.Sebelum ini, Muhammad Shafee mengesahkan lokasi tahanan rumah yang dinyatakan dalam dokumen diperoleh ialah kediaman Najib di No. 11, Langgak Duta.Pada Oktober lalu, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman memaklumkan bahawa Jabatan Penjara Malaysia telah memberikan penjelasan lanjut mengenai mekanisme tahanan rumah kepada Najib.Pada 19 September lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Penjara Malaysia dijangka menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Najib menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.Beliau memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.AKAN MENYUSUL
Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam

Key takeaways
Najib telah melunaskan denda RM50 juta untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.
- Najib melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi pada Jumaat.
- Resit bayaran akan diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.
- Peguam Najib tidak pasti sama ada pembayaran akan dibuat dalam minggu ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Free Malaysia Today , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Najib bayar denda RM50 juta hari ini? Belum ada arahan, kata peguam
- Free Malaysia Today Peguam Najib tak terima arahan bayar denda RM50 juta hari ini
- Sinar Harian Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam (this story)
- Harian Metro Denda RM50 juta Najib sudah dibayar - Peguam
- Berita Harian UMNO sudah bayar denda Najib RM50 juta pagi tadi








