Jabatan Pendaftaran Negara diarahkan mengeluarkan sijil kelahiran dan MyKad dalam tempoh 30 hari kepada seorang anak angkat yang ibu bapa kandungnya masih belum dikenal pasti. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia tetapi ibu bapa kandungnya tidak dapat dikenal pasti berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia secara kuat kuasa undang-undang, menurut keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Hakim Moses Susayan berkata kerajaan gagal membuktikan bahawa kanak-kanak itu merupakan warga negara lain atau ibu kandungnya bukan pemastautin tetap di Malaysia.

Beliau berkata kanak-kanak itu tidak sepatutnya menanggung akibat daripada maklumat palsu yang diberikan oleh orang dewasa yang bertanggungjawab mendaftarkan kelahirannya.