Parti Bansa Dayak Sarawak berkata pengiktirafan identiti Dayak membabitkan pengiktirafan sejarah, status Orang Asal dan maruah komuniti itu. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menggesa kerajaan mengiktiraf "Dayak" sebagai kategori etnik rasmi, bukannya diletakkan bawah kategori "Lain-lain" dalam borang dan sistem kerajaan.

Setiausaha Agung PBDS, Sanjan Daik, berkata pemimpin parti, termasuk Presidennya, John Brian Anthony telah mengemukakan rayuan itu dalam pertemuan dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Pertemuan di ibu pejabat PBDS itu membabitkan Ahmad Nazib Johari, setiausaha politik kepada perdana menteri yang juga bekas pengerusi PKR Sarawak.