Kuala Lumpur: Kerajaan digesa membuka tender secara kompetitif bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya tempatan sebagai alternatif kepada Waze, susulan kegagalan aplikasi TuJu memenuhi jangkaan pengguna

Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, pelantikan Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB), syarikat swasta di sebalik pembangunan aplikasi TuJu, perlu dijelaskan berikutan persoalan mengenai ketiadaan tender terbuka bagi projek terbabit.

Katanya, aplikasi Tuju mencetuskan kritikan orang ramai yang turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan mengenai pemaju, pemilikan, kaitan dengan bekas pegawai awam serta proses projek itu diberikan.

"Kerajaan perlu membuka tender bagi syarikat tempatan yang berkemampuan, khususnya milik golongan muda, diberi peluang bersaing secara adil untuk membangunkan aplikasi navigasi yang lebih baik.