KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak akan menyerahkan perintah pembebasan tahanan kepada Jabatan Penjara Malaysia hari ini, bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu dibawa menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
Ia selepas wakil Najib selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
Peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee mengesahkan perkara itu sebentar tadi.
"Perintah pembebasan tahanan ini akan terus dibawa ke Penjara Kajang sekarang," katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.









