KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini menjadi tumpuan pengamal media yang berkumpul bagi mendapatkan reaksi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai melunaskan denda RM50 juta.
Perhatian media terarah kepada Loke berikutan pendirian Setiausaha Agung DAP itu yang sebelum ini untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebaik sahaja Najib dibebaskan dari penjara bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.
Difahamkan, ketika ini Loke mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di kementerian itu pada pukul 3 petang ini.
Setakat ini, pengamal media masih menunggu peluang mendapatkan reaksi Loke susulan perkembangan terbaharu kes berkenaan.









