PUTRAJAYA - Pekarangan Kementerian Pengangkutan (MOT) menjadi tumpuan pengamal media bagi mendapatkan reaksi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melunaskan denda RM50 juta hari ini.Kehadiran petugas media termasuk pemberita, jurugambar dan jurukamera sejak jam 1 tengah hari itu dipercayai bagi mendapatkan maklum balas Anthony berhubung kemungkinan beliau menggalas tugas terakhirnya sebagai menteri.Setiausaha Agung DAP itu sebelum ini mengumumkan hasrat meletakkan jawatan berkuat kuasa apabila Najib mula menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Difahamkan, Anthony dijadual mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di kementerian itu pada jam 3 petang ini.Bagaimanapun, setakat ini pengamal media masih menunggu peluang untuk mendapatkan reaksi beliau berhubung perkembangan terbaharu kes berkenaan.Anthony sebelum ini mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 29 September lalu.
Kementerian Pengangkutan jadi tumpuan susulan perkembangan Najib bayar denda RM50 juta

Key takeaways
Kementerian Pengangkutan menjadi tumpuan media selepas Najib melunaskan denda RM50 juta. Anthony Loke belum memberi kenyataan tentang tugas terakhirnya.
- Media menunggu kenyataan Anthony Loke berhubung tugas terakhirnya sebagai menteri.
- Anthony Loke telah meletakkan jawatan dan menyerahkan suratnya kepada Anwar Ibrahim pada 29 September.
- Anthony dijadual mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pada jam 3 petang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Loke cabar Wee debat pencapaian terajui Kementerian Pengangkutan
- Free Malaysia Today Perbicaraan hasutan Muhyiddin ditangguh susulan ‘perkembangan positif’
- Sinar Harian Kementerian Pengangkutan jadi tumpuan susulan perkembangan Najib bayar denda RM50 juta (this story)







