Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 26 Okt lalu. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding hari pertama perbicaraan kes hasutan Muhyiddin Yassin selepas mahkamah dimaklumkan "perkembangan positif" daripada pertemuan bekas perdana menteri itu dengan Sultan Pahang bulan lalu.
Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memberitahu Hakim Aslam Zainuddin, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap Muhyiddin pada 26 Okt lalu, yang membawa kepada "perkembangan positif" itu.
"Pada 2 Nov, kami menerima sepucuk surat daripada pihak istana. Saya tidak akan mendedahkan kandungannya, tetapi berdasarkan surat itu, kami ingin mengemukakan representasi baharu kepada peguam negara."









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-03112026-04_568650.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)