KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyelesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren yang dikhuatiri merencatkan rutin harian rakyat dengan segera.
Arahan dikeluarkan itu adalah maklum balas terhadap rungutan dikemukakan individu dikenali siti.anisahj, susulan situasi sesak di stesen tren di platform Threads, malam tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengarahkan Rapid KL mengambil perhatian mengenai permasalah itu bagi membolehkan penyelesaian segera dilaksanakan.
“Kerap kali terjadi (isu kesesakan perkhidmatan tren) dan ia pastinya merencatkan rutin harian rakyat terbanyak.









