AMPANG: Gelombang biru di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan besar Parti Demokrat dalam pilihan raya separuh penggal merupakan manifestasi rakyat menolak Islamofobia, politik perkauman dan peperangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau secara peribadi senang dengan perkembangan itu kerana mesej disampaikan rakyat AS adalah menolak keganasan, kebencian yang melampau terhadap kelompok minoriti termasuk Islam.
Katanya, itu yang menyebabkan rakyat AS menoktahkan politik bersifat demikian kerana ia tidak matang dan waras.
“Ada orang kata di sini kononnya (kemenangan Parti Demokrat) gelombang biru (di AS), (tetapi) mesejnya (rakyat) menentang keganasan, kebencian kaum.








