Hamzah Zainudin menggunakan istilah gelombang biru bagi menggambarkan kerjasama BN dan PN yang memenangi 25 daripada 36 kerusi pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu.KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menjangkakan 'gelombang biru' yang melanda pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) akan turut berlaku pada PRN Melaka, susulan kebangkitan politik yang didakwanya bermula di Negeri Sembilan.

Beliau berkata keputusan pilihan raya AS menunjukkan rakyat boleh menolak kerajaan apabila dasar yang dilaksanakan gagal memberi manfaat kepada mereka, khususnya dalam menangani tekanan kos sara hidup.

Hamzah berkata gelombang politik yang bermula di Negeri Sembilan itu diyakini akan berterusan di Melaka sebelum berkembang ke seluruh negara.