Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam memberi bayangan bahawa pentadbirannya akan meneruskan dasar tarif menyeluruh meskipun Parti Republikan tewas pada pilihan raya pertengahan penggal, lapor Kyodo News.
Perkembangan itu berlaku ketika timbul kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup yang sebahagiannya didorong oleh pelaksanaan tarif berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di Rumah Putih, Trump berkata, negara lain meningkatkan pelaburan di AS bagi mengelak dikenakan kadar tarif lebih tinggi.
"Jika tarif itu dimansuhkan, mereka pasti sangat gembira. Mereka akan segera menghentikan kerja-kerja pembinaan.









