TEL AVIV: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid, menyifatkan keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) sebagai penamat kepada peluang Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, membentuk kerajaan perpaduan.
Dalam satu hantaran di platform media sosial X, Lapid mengaitkan keputusan pilihan raya itu dengan situasi politik di Israel, sambil menyifatkannya sebagai perkembangan tidak dijangka yang menjejaskan peluang Netanyahu untuk mengetuai kerajaan perpaduan.
“Keputusan pilihan raya AS membawa kesan tidak dijangka apabila menutup segala kemungkinan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang diterajui Netanyahu,” tulis Lapid.
Beliau turut memberi amaran tindakan membiarkan Netanyahu terus memegang jawatan perdana menteri boleh mengancam keselamatan dan demokrasi Israel, selain menjejaskan kedudukan antarabangsa negara itu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F05%2F176bbe40dc4972b3b6b2b04546266e45.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

