Pemilihan pembeli Boustead Plantations Bhd (BPlant) membawa tanggungjawab besar kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Manfaat kepada pencarum tidak seharusnya terhenti selepas urus niaga selesai.
LTAT perlu memastikan hasil penjualan dapat mengukuhkan kedudukan kewangan dana. Pada masa sama, rakan strategik yang dipilih mesti mampu membangunkan BPlant dan meningkatkan nilai baki pegangan LTAT.
Justeru, penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan harga semata-mata. Kesesuaian rakan strategik dan ketelusan proses pemilihan juga perlu diberi perhatian.
Tawaran tertinggi belum tentu memberikan hasil terbaik jika pembiayaannya tidak terjamin, syaratnya sukar dipenuhi atau komitmen pembeli untuk membangunkan BPlant tidak mencukupi.








