KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) memperkukuh strategi peruncitannya menerusi pengembangan konsep kedai berasaskan pengalaman, Store Life seiring perubahan permintaan pengguna yang kini mahukan penyelesaian digital lebih menyeluruh.
Ketua Pegawai Jualan dan Peruncitannya, Cheng Weng Hong, berkata pendekatan itu sejajar dengan perubahan tingkah laku pelanggan yang tidak lagi hanya mengunjungi kedai telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatan asas, sebaliknya mencari penyelesaian ketersambungan yang dapat menyokong keperluan harian mereka.
Jelasnya, perubahan itu turut menyaksikan permintaan semakin menggalakkan terhadap konsep peruncitan yang menghimpunkan pelbagai peranti, teknologi dan perkhidmatan digital di bawah satu bumbung.









