Iskandar Puteri: Sekolah agama di Taman Pulai Indah, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM5,000 selepas dipercayai dipecah masuk dalam kejadian pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara 12 tengah malam hingga 3 pagi itu menyebabkan pelbagai barangan berharga milik Sekolah Agama Taman Pulai Indah (SATPI) dilarikan, selain berlaku kerosakan fizikal pada bangunan sekolah itu.
Dalam satu kenyataan SATPI, antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk komputer riba, televisyen, kamera litar tertutup (CCTV) 'Cloud Box' serta peti besi.
Selain itu, katanya, pintu dan tingkap pejabat sekolah berkenaan turut dipecahkan.









