ISKANDAR PUTERI: Sebuah sekolah agama di Taman Pulai Indah di sini, kerugian kira-kira RM5,000 selepas dipecah masuk awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi, menyebabkan pelbagai barangan berharga milik Sekolah Agama Taman Pulai Indah (SATPI) dilarikan, selain berlaku kerosakan fizikal pada bangunan sekolah itu.

Dalam satu kenyataan SATPI berkata, antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk komputer riba, televisyen, kamera litar tertutup (CCTV) 'Cloud Box' serta peti besi.

Selain itu, pintu dan tingkap pejabat sekolah berkenaan turut dipecahkan.