Kuala Lumpur: Selepas dua minggu terbabit dalam kemalangan berhampiran Gerik, Perak, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar berkongsi keadaan terkini apabila empat tulang rusuk kanan patah, manakala belakang badan turut mengalami kecederaan.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, malam tadi, Wadi memaklumkan beliau perlu memakan ubat pada setiap hari meskipun kesakitan dialaminya tidak pernah surut.

"Saya dah berapa belas hari kemalangan kemudian saya rasa sakit pada dua tempat.

"Tak lega selama 14 hari walaupun dah makan ubat tahan sakit setiap hari. Saya tak pernah makan ubat tahan sakit sebanyak itu," katanya dalam sesi siaran langsung di TikTok.