KUALA LUMPUR: Chery akan memperluas rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) global daripada 16 kepada 26 pusat, termasuk di Malaysia, United Kingdom, Sepanyol dan Jerman, sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh pengembangan antarabangsa serta pembangunan teknologi mobiliti masa depan.

Pengembangan itu diumumkan pada Chery International User Summit 2026, ketika kumpulan automotif China berkenaan menggariskan fasa pertumbuhan seterusnya menerusi pengembangan global, elektrifikasi dan teknologi mobiliti masa depan.

Chery Group turut menyasarkan kenderaan yang dipasang di pasaran luar negara menyumbang 70 peratus daripada operasi antarabangsa kumpulan itu menjelang 2027, berbanding 41 peratus pada 2025.