SAN FRANCISCO: Ibu bapa kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, menyaman Google kerana mendakwa anak mereka itu merancang potensi membunuh diri dan pengebumian dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada komputer disediakan oleh sekolah.

Saman itu difailkan di sebuah mahkamah California, Isnin lalu, sekali gus menjadi kes pertama diketahui menuduh Google melakukan kecuaian berkaitan integrasi AI pada Chromebooks - komputer riba kos rendah keluaran gergasi teknologi itu yang digunakan oleh jutaan pelajar di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Remaja itu yang hanya dikenali sebagai 'Emma', tidak dapat mengakses aplikasi Gemini bawah Google mahupun ChatGPT daripada OpenAI kerana telah disekat oleh pihak sekolahnya.